KUALA LUMPUR, 26 Sept – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan United State Pacific Air Force (US PACAF) terus memperkukuhkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan menerusi Eksesais PASSEX atau Passing Exercise B-51 siri 2/21 di Selat Melaka pada Jumaat.
TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais PASSEX melibatkan 4 pesawat TUDM iaitu Su-30 MKM, F/A-18D Hornet, Hawk dan A400M, manakala dari US PACAF adalah pesawat B-52.
Turut terlibat dalam eksesais pada kali ini adalah Skn 320 yang memainkan peranan sebagai ‘Tactical Command and Control’.
Menurut TUDM, eksesais PASSEX siri ini menumpukan kepada konsep High Value Asset Protection (HVAAP).
Selain itu, TUDM berkata, menjadi keistimewaan untuk beroperasi dengan US PACAF pada tahun ini dalam eksesais PASSEX yang mana dapat meningkatkan operasi dan kerjasama di antara kedua-dua pasukan. – airtimes.my