Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan lelaki sorok dadah dalam speaker

Polis Marin tahan lelaki sorok dadah dalam speaker

by Air Times News Network

KANGAR, 23 Sept – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun kerana memiliki dadah yang disorok dalam sebuah sampan di perairan Kuala Perlis.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Shamsol Kassim berkata, penahanan dilakukan semasa pasukan membuat rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan perairan sempadan Malaysia-Thailand.

“Ketika penahanan dibuat pada Sabtu lalu, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan,

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah lebih kurang 878 gram serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dan 25 gram jenis syabu disorok di dalam sebuah speaker (pembesar suara) di dalam bot tersebut,

“Turut dirampas dalam serbuan adalah wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah bot fiber bagi membantu siasatan,” katanya dalam hantaran di laman sosial PPM Wilayah 1, hari ini.

Shamsol Kassim menjelaskan, bekalan dadah ini akan diseludup masuk ke Pulau Langkawi bagi memenuhi permintaan pasaran di pulau tersebut.

“Suspek kini direman dan di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!