Home Pertahanan dan Keselamatan Bayi berusia setahun antara 67 PATI ditahan ceroboh masuk Malaysia

Bayi berusia setahun antara 67 PATI ditahan ceroboh masuk Malaysia

by Air Times News Network

TANGKAK, 23 Sept – Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Muar berjaya menahan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi di Jeti Parit Karang, Tangkak, Johor semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri, Superintenden Rozasin Ramlan berkata, pihak berkuasa telah menahan 44 lelaki, 22 perempuan serta seroang kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mereka berumur antara setahun hingga 53 tahun,

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka baru mendarat dari negara jiran dan masuk ke Malaysia menggunakan bot tongkang melalui jalan laut yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan disyaki tekong darat bersama sebuah kereta turut ditahan kerana dipercayai menjalankan khidmat pengangkutan darat kepada PATI yang baru mendarat.

“Turut ditahan bersama seorang lelaki warga asing di dalam kenderaan tersebut dipercayai sebagai penumpang,

“Rampasan melibatkan sebuah bot berukuran 36 kaki bersama enjin bot, sebuah kereta dan 2 telefon bimbit,” ujarnya.

Menurut Rozasin, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Tangkak untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Mirgan 2007,

“Jumlah anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM202,000,” jelasnya.

Katanya, kesemua PATI tersebut baru tiba dari negara jiran masuk ke Malaysia dengan menggunakan bot tongkang melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Mereka diuruskan oleh tekong darat dari Tanjung Balai, Indonesia dengan anggaran bayaran RM1,000 hingga RM2,800 setiap seorang,” katanya lagi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!