Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran di Johor

APMM tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran di Johor

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 22 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor berjaya menahan sebuah kapal tangki bersauh tanpa kebenaran melalui Operasi Jangkar Haram (Op Jangkar Haram) di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki yang didaftarkan dari negara Saint Kitts and Nevis telah didapati berlabuh di kedudukan 26 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil, Johor sebelum ditahan pada jam 3.36 petang.

Menurutnya, kapal tangki itu dikendalikan oleh 7 kru iaitu warga Myanmar dan Indonesia yang berusia 22 hingga 59 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial milik APMM, hari ini.

Sementara itu, Nurul Hizam berkata, menerusi Op Jangkar Haram, telah berlaku penurunan yang ketara bagi aktiviti berlabuh secara haram di kawasan Tompok Utara yang dahulunya menjadi ‘hotspot’ bagi kapal-kapal dagang.

“Kapal tangki berserta semua kru telah ditahan untuk siasatan,

“Kes di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!