Home SemasaGlobal Penubuhan AUKUS: Perancis, sila bertenang dan jangan bimbang – PM Britain

Penubuhan AUKUS: Perancis, sila bertenang dan jangan bimbang – PM Britain

by M.Daim

LONDON, 20 Sept – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menggesa Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk bertenang dan tidak bimbang dengan penubuhan AUKUS.

Beliau turut menegaskan hubungan antara United Kingdom dan Perancis adalah kekal dan tidak mudah dimusnahkan.

Menurut laporan media Britain, Boris turut menekankan bahawa kedua-dua negara Eropah itu mempunyai hubungan yang baik.

“Hubungan diplomatik antara Paris dan London adalah amat penting,” katanya yang dipetik oleh Evening Standard.

Penubuhan AUKUS pada minggu lalu telah menimbulkan ketegangan diplomatik di antara Perancis dengan negara anggota.

Beliau menegaskan penubuhan AUKUS oleh Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak berniat untuk menyisihkan Perancis.

“Ia bukan satu perkara yang perlu dirisaukan oleh mana-mana pihak terutamanya rakan kita di Perancis,” ujarnya.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menegaskan penubuhan AUKUS adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh diterima oleh negara yang dianggap sebagai rakan serta sekutu.

 

Dalam wawancara dengan stesen televisyen France, Le Drian menuduh Australia serta Amerika Syarikat melakukan “kepalsuan, penghinaan dan pembohongan”.

“Memanggil pulang duta sudah cukup menunjukkan krisis yang kita dihadapi pada hari ini,

“Negara-negara sekutu tidak akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan sebegini terhadap rakan mereka terutamanya Perancis,

“Ini adalah satu krisis yang besar,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!