SEOUL, 15 Sept – Korea Utara telah melancarkan 2 peluru berpandu balistik di kawasan timur negara itu hari ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan.
Menurutnya, peluru berpandu yang dilancarkan pada tengah hari waktu tempatan tidak memasuki kawasan perairan dan wilayah Negara Matahari Terbit itu.
“Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara adalah satu isu yang serius dan perlu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa,” katanya.
Pelancaran ini merupakan kali kedua selepas Pyongyang uji pelancaran peluru berpandu kruis pada Isnin lalu.
Menurut, agensi berita Korea Utara, KCNA menyatakan ujian peluru berpandu kruis telah dilakukan pada hujung minggu lalu.
“Ujian pelancaran peluru berpandu kruis merupakan satu perkara yang penting dan melibatkan senjata strategik,
“Ia mampu untuk membawa kepala peledak nuklear dan terbang sejauh 1,500 kilometer,” katanya. – airtimes.my