Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 11 warga Filipina ceroboh perairan negara

Polis Marin usir 11 warga Filipina ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

SEMPORNA, 10 Sept – Seramai 11 warga asing diusir keluar selepas didapati cuba memasuki perairan negara di Pulau Kulapuan, pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata, penahanan dan pengusiran itu dilakukan oleh anggotanya semasa membuat rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) yang mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan pada jam 5 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut dinaiki oleh 11 orang penumpang lelaki, wanita dan kanak kanak datang dari arah perairan Filipina serta telah masuk ke perairan Semporna (Malaysia).

“Semasa membuat rondaan anggota PPM Semporna di kawasan laut antara Selatan Kulapuan Semporna lebih kurang jam 5 petang telah menahan sebuah bot laju warna Biru tiada nombor pendaftaran menggunakan injin sangkut jenis Yamaha 85 hp,

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas juragan dan anak perahu mendapati kesemuanya tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah,

“Pemeriksaan juga tidak menemui barang-barang yang menyalahi undang-undang didalam Speedbot tersebut,” jelasnya dalam hantaran di media sosial milik PPM Wilayah 4, Sabah.

Mohammad Ismail berkata, juragan dan kesemua individu tersebut telah diarahkan berpatah balik ke perairan Filipina serta diiring keluar dari perairan Semporna.

Tambahnya, pengusiran tersebut selaras dengan kehendak undang-undang dibawah Akta Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

Dalam masa yang sama, Mohammad Ismail menjelaskan, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang kepada pasukan keselamatan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!