Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Nubli dilantik Panglima 21 GGK ke-15

Nubli dilantik Panglima 21 GGK ke-15

by Air Times News Network

MERSING, 6 Sept – Mejar Jeneral Nubli Hashim dilantik Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) ke-15 bagi menggantikan Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi, hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan upacara serah terima tugas Panglima 21 GGK di antara Jamaluddin dan Nubli bertempat di Markas 21 GGK, Kem Iskandar, Mersing, hari ini.

Zamrose dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jamaluddin di atas sumbangan serta jasa bakti sepanjang tempoh perkhidmatanya kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan GGK.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Mejar Jeneral kepada Mejar Jeneral Nubli Hashim di Markas 21 GGK, Kem Iskandar, Mersing.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, setelah lebih 41 tahun menabur bakti di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jamaluddin akan menamatkan perkhidmatan pada bulan April 2022.

Terdahulu, Zamrose, telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Mejar Jeneral kepada Nubli. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!