KUALA LUMPUR, 3 Sept – Beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera bermula malam tadi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.
Selain itu, Khairy berkata, daftar masuk pengguna pada skrin turut memaparkan status vaksinasi mereka.
“Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah penularan pancemik COVID. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya,” katanya dalam ciapan di Twitternya malam tadi.
Khairy berkata, satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.
“Sebaik saja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang, tiada imbasan diperlukan,” tambahnya.
MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini.-airtimes.my