KABUL, 30 Ogos – Seramai 9 orang maut dalam satu serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) di Kabul.
Menurut pihak berkuasa Afghanistan, serangan itu turut mengorbankan 3 kanak-kanak.
Menurut pihak AS, serangan dilancarkan terhadap kenderaan membawa 2 pengebom berani mati yang dipercayai dari kumpulan Daesh-Khorasan (Daesh-K).
Jelasnya, kedua-dua pengebom terbabit sedang bersiap sedia untuk melakukan pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.
Serangan yang dilancarkan dengan menggunakan UAV itu mengenai sebuah kenderaan yang sedang berhenti di hadapan sebuah rumah.
Sementara itu, Taliban mengutuk serangan tersebut yang dilihat sebagai tindakan melanggar kedaulatan Afghanistan serta mengorbankan nyawa orang awam.
Serangan ini merupakan kedua seumpamanya selepas insiden pengebom bunuh diri di lapangan terbang yang sama pada Khamis lalu. – airtimes.my