Home SemasaGlobal Turki tidak mampu untuk tanggung beban pelarian tambahan dari Afghanistan

Turki tidak mampu untuk tanggung beban pelarian tambahan dari Afghanistan

by M.Daim

ISTANBUL, 30 Ogos – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menegaskan negaranya tidak mampu untuk menanggung beban bagi menampung gelombang pelarian dari Afghanistan.

Menurut beliau, Turki telah berusaha semampu yang boleh untuk memberi bantuan di peringkat antarabangsa.

“Turki telah memenuhi tanggungjawab moral dan kemanusiaan terhadap pelarian. Namun, kami tidak mungkin mampu untuk menanggung gelombang pelarian baharu,” kata Mevlut dalam satu sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Jerman.

Menurut media Turki, seramai 3.7 juta pelarian Syria dan 300 ribu pelarian Afghanistan berada di negara itu.

Pada masa yang sama, Istanbul telah memperkuatkan kawalan sempadan di bahagian timur bagi menghalang sebarang kebanjiran pelarian dari Afghanistan.

Menurut Mevlut, Turki memerlukan kerjasama dari Kesatuan Eropah untuk menguruskan isu pelarian bagi menggelakkan kejadian 2015 berulang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!