Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat Malaysia usir 12 warga Indonesia ceroboh sempadan negara

Tentera Darat Malaysia usir 12 warga Indonesia ceroboh sempadan negara

by Air Times News Network

SARAWAK, 30 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) berjaya mengusir 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyusup masuk ke Sarawak dalam 2 kejadian berasingan pada, semalam.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1Div) dalam kenyataan berkata, dalam pengusiran pertama berlaku pada jam 2 petang, 3 PATI berjaya dikesan berjalan kaki dilorong tikus sekitar Kampung Stass, Serikin Bau.

“Hasil soalsiasat mendapati kesemua mereka yang berusia 20 hingga 35 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,

“Pengusiran kedua berlaku pada 4.45 petang, 9 PATI berjaya dikesan cuba memasuki Malaysia dari arah Indonesia melalui lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu,” katanya.

Tambahnya, 9 PATI yang terdiri daripada 6 lelaki dan 3 perempuan termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia diantara 7 hingga 53 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua yang ditahan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan,

“Kesemua PATI berjaya diusir dan dilaporkan ke Balai Polis Bau dan Lundu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pihaknya akan sentiasa mengawal  keselamatan persempadanan Negara dengan turut bersama-sama agensi penguatkuasaan menerusi inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan setiap masa. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!