Home Pertahanan dan Keselamatan Aset ATM ditambah baik selari perkembangan teknologi terkini – Ismail Sabri

Aset ATM ditambah baik selari perkembangan teknologi terkini – Ismail Sabri

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=phJa6EEf0CY[/embedyt]

 

BERA, 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada ketika ini mencukupi dan akan diberi penambahbaikkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan terkini serta selari dengan perkembangan teknologi.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan antara aspek yang diberi perhatian utama oleh Kementerian Pertahanan bagi memastikan kesiapsiagaan negara berada di tahap yang terbaik dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.

“Dari segi persenjataan ada evolusinya, ia sentiasa bergerak dari teknologi sentiasa berubah,

“Walaupun kita sudah ada senjata, kita perlu tambah baik aset dari masa ke masa dan perkara itu sedang dilakukan oleh pihak kementerian,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kampung Batu Bor, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz; ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Terdahulu, Ismail Sabri telah hadir untuk menyaksikan latihan yang disifatkan sebagai berskala besar dari Tentera Darat Malaysia (TDM) melibatkan Markas 10 Briged PARA.

Menurutnya, eksesais ini akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kopentensi setiap leading PARA Battle Ground (LPBG) di dalam aturgerak briged ini untuk melaksanakan operasi di barisan belakang musuh.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!