876
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.
Perkara ini dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pengumuman kabinet hari ini.
Manakala, Datuk Seri Dr Adham Baba pula bertukar kepada portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Khairy menerusi hantaran di media sosialnya mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri atas kepercayaan yang diberi.
“Insya’Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” katanya. – airtimes.my