KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Pertahanan di dalam Jemaah Kabinet yang baharu, hari ini.
Ismail Sabri turut mengekalkan Timbalan Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz semasa dibawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.
Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kepercayaan yang diberikan Ismail Sabri untuk beliau kembali menerajui Kementerian Pertahanan amat dihargai.
“Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sangat besar jasanya kepada negara,
“InsyaAllah, will do my utmost best. Saya akan pikul amanah ini sebaiknya,” kata Hishammuddin. – airtimes.my