Home SemasaGlobal Tentera Turki mula berundur dari Afghanistan

Tentera Turki mula berundur dari Afghanistan

by M.Daim

ISTANBUL, 26 Ogos – Turki mula mengundurkan pasukan tenteranya dari Afghanistan.

Kementerian Pertahanan Turki dalam satu kenyataan berkata, pengunduran dibuat selepas pihak keselamatan negara itu menilai situasi semasa di Afghanistan.

“Anggota tentera Turki akan pulang ke tanah air dengan penuh kemegahan kerana mereka telah berjaya memenuhi tugas serta amanah diberikan,” kata kenyataan itu.

Pasukan tentera Turki beroperasi di Afghanistan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan NATO serta beberapa perjanjian bilateral.

Menurut kenyataan yang sama, tentera Turki memainkan peranan yang penting bersama pasukan tentera negara lain dalam menguruskan serta menjaga keamanan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

“Seramai 1,129 rakyat Turki telah berjaya dibawa keluar dari Afghanistan dengan menggunakan pesawat tentera,

“Proses pengunduran tentera dari negara itu akan selesai dalam tempoh 36 jam,” kata jurucakap Presiden Turki yang dilaporkan oleh Daily Sabah.

Turki turut menghubungi Iran bagi membincangkan keadaan semasa serta nasib pelarian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!