TEL AVIV, 26 Ogos – Ketua Staf Tentera Israel (IDF), Leftenan Jeneral Aviv Kochavi menegaskan pasukan tentera bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku di Gaza.
Menurut beliau, pihak IDF berusaha keras dan melaksanakan usaha secara sistematik bagi menyekat pengaruh Iran di Timur Tengah termasuk di Gaza.
“IDF sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi di Gaza. Kami tidak terima dan berdiam diri terhadap pencerobohan kedaulatan Israel tanpa mengira siapa dalangnya,
“Hamas bertanggungjawab dengan apa jua yang berlaku di Gaza,” kata Kochavi dipetik oleh Arutz Sheva. – airtimes.my