KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini.
Istana Negara menerui hantaran di media sosialnya berkata, senarai anggota Jemaah Kabinet itu diserahkan Ismail Sabri pada sesi menghadap Seri Paduka Baginda yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11.00 pagi tadi.
“Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri,
“Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu,” katanya. – airtimes.my