Home Politik Amir Abd Hadi letak jawatan Setiausaha Agung MUDA

Amir Abd Hadi letak jawatan Setiausaha Agung MUDA

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Pengasas bersama Parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung MUDA berkuatkuasa semalam.

Amir dalam hantaran di media sosialnya berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana beliau akan melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) dalam masa beberapa minggu lagi.

Katanya, tugas-tugas Setiausaha Agung MUDA akan diambil alih oleh Amira Aisya Abd Aziz.

“Seperti sedia maklum, jika tiada aral, saya akan berangkat ke UK dalam masa beberapa minggu lagi untuk menyambung pengajian,

“Dengan ini saya ingin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti MUDA berkuatkuasa hari ini (semalam),” katanya.

Amir juga turut mengucapkan terima kasih kepada anggota dan kader parti yang telah memberikan kerjasama baik membangunkan MUDA dari hari pertama.

“Sebagai manusia, sudah pasti banyak kekurangan sepanjang menggalas tanggungjawab ini. Harap dapat dimaafkan,

“Kita bina parti ini dengan idealisme bagi membawa perubahan. Semoga kita semua kekal teguh dengan idealisme kita, dan semoga kita tidak sesekali terpesong dari landasan. Apa pun berlaku, saya percaya parti ini akan bergerak terus,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!