Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat usir 10 PATI Indonesia cuba menyusup masuk Sarawak

Tentera Darat usir 10 PATI Indonesia cuba menyusup masuk Sarawak

by Air Times News Network

KUCHING, 23 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) berjaya mengusir 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyusup masuk Sarawak dalam 3 kejadian berasingan pada, Ahad.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 DIV) dalam kenyataan berkata, dalam pengusiran pertama pada jam 2.45 petang, 5 PATI dikesan cuba memasuki kawasan sempadan Malaysia dari Indonesia menggunakan lorong tikus berhampiran batu sempadan di Biawak, Lundu.

“Setelah ditahan dan disoal siasat, 5 individu itu termasuk seorang wanita, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan,

“Pengusiran kedua berlaku pada 7.15 malam membabitkan 3 PATI yang dikesan berjalan dari sempadan untuk memasuki kawasan Malaysia melalui ladang Tetangga Akrab, Balai Ringin,” kata kenyataan itu.

Manakala, pengusiran ketiga pula dilakukan pada jam 9.45 malam, di mana pasukan serang hendap berjaya menahan 2 individu memasuki sempadan Malaysia dari Indonesia di Jalan Ensawang, Lubok Antu, yang mendakwa mereka mahu mengutip hasil kebun.

Tambahnya, kesemua PATI tersebut telah diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!