KUDAT, 22 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menangkap 5 individu yang membawa barang kawalan dipercayai untuk di seludup ke negara jiran dengan menggunakan bot melalui kawasan laut utara Pulau Banggi, kemarin.
Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Komisioner Polis Cyrill Douglas berkata, pemantauan dan risikan mendapati kelima-lima individu yang berumur antara 48 hingga 21 tahun ini membawa barang-barang kawalan untuk dijual ke Filipina.
“Hasil pemeriksaan terhadap 3 buah bot yang dinaiki kelima-lima lelaki tersebut telah menjumpai pelbagai jenis barang kawalan disyaki untuk diseludup ke negara jiran,
“Nilai keseluruhan tangkapan dan rampasan berjumlah RM61,839.00,
“Semua barang tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam masa yang sama, Cyrill Douglas berkara, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang kepada pasukan keselamatan.-airtimes.my