Home Semasa Program peringati mangsa COVID-19 sebagai ingatan kepada ahli politik – Asraf Sharafi

Program peringati mangsa COVID-19 sebagai ingatan kepada ahli politik – Asraf Sharafi

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=clYqoKWEifQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Jurucakap Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), Asraf Sharafi hari ini menegaskan Program Memperingati Mangsa Yang Gugur Akibat COVID-19 merupakan satu peringatan kepada ahli politik serta kerajaan untuk memberi fokus kepada rakyat.

“Malam ini merupakan peringatan kepada semua pihak dan ahli politik, tolong fokus kepada rakyat,

“Rakyat mengalami sengsara, hilang kerja dan ramai telah meninggal dunia (akibat COVID-19). Ini adalah mesej kami,” kata Asraf dalam satu sidang media singkat selepas dibebaskan di Ibu Pejabat Daerah (IPD Dang Wangi.

Suasana IPD Dang Wangi selepas 31 orang peserta Program Memperingati Mangsa yang Gugur Akibat Pandemik COVID-19. Kesemua peserta dibebaskan kira-kira pukul 1 pagi.

Ujarnya, Perdana Menteri dan barisan kabinet baharu yang akan dilantik kelak perlu mengambil serius dengan situasi semasa COVID-19 yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Mesej yang sama turut diberikan kepada ahli politik.

Para peserta program meletakkan kalungan bunga sebagai simbolik untuk memperingati korban COVID-19.

Menurut Ashraf, pihaknya telah berunding dengan polis mengenai program vigil yang diadakan di Dataran Merdeka pada pukul 9 malam semalam.

“Kami membaca eulogi, meletakkan bunga dan bersurai. Namun, polis telah mengepung dan tidak membenarkan kami untuk beredar,

“Malah MyKad kami telah diambil,” ujarnya.

Beliau menambah, para peserta himpunan telah bertanya dengan pihak polis sama ada mereka telah ditahan ataupun tidak.

“Kami ada bertanya adakah kami ditahan tetapi mereka (polis) kata tidak. Kami telah dipaksa dan dikasari dengan keras untuk kami menaiki trak polis,” jelas beliau.

Ujarnya, pihak polis telah menggunakan kekerasan melampau (excessive use of force).

Asraf turut menjelaskan pihaknya telah memberi jaminan untuk berkerjasama dengan pihak polis sekiranya dipanggil.

“Kami sebelum ini pernah dipanggil untuk beberapa kali ke Dang Wangi dan tidak pernah kami untuk menggelak atau tidak hadir,
“Kami faham akan peranan mereka dan juga peranan kami,” katanya.

Asraf bersama 30 ahli aktivis lain telah ditahan polis selepas menganjurkan program vigil di Dataran Merdeka, semalam.

Dari jumlah tersebut, difahamkan seramai 3 orang peserta adalah dari Parti MUDA dan 6 orang dari Parti Sosialis Malaysia.

“Insiden ini sepatutnya tidak berlaku,” jelas beliau.

Suasana menjadi kecoh apabila peserta enggan menuruti kehendak polis kerana tidak dimaklumkan sama ada mereka ditahan.

Salah seorang peserta diiringi oleh pihak polis sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi.

Jurucakap SSR turut menyatakan mereka telah disiasat untuk selama 3 jam oleh pihak polis. Malah, setiap peserta telah dikompaun sebanyak RM 2,000 seorang.

Asraf turut menegaskan pihaknya tidak menolak untuk mefailkan saman dan akan membawa isu kompaun tersebut ke muka pengadilan.

“Kami tak setuju dengan kompaun ini dan kami akan lawan,

“Kami akan melawan jika kerajaan dan penguatkuasa masih merasakan suara rakyat terus dipijak,” tegasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!