Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sembunyi di pinggir ladang, 6 PATI dicekup Tentera Darat

Sembunyi di pinggir ladang, 6 PATI dicekup Tentera Darat

by Nurulhuda

BANDAR PENAWAR, 18 Ogos – Seramai 6 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bersembunyi di pinggir hutan Ladang Ibzi, Sungai Tengah telah ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditahan pada jam 2.50 pagi oleh anggota Operasi Benteng (Op Benteng) yang membuat rondaan di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lelaki berusia sekitar 22 hingga 52 tahun itu dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal.

Menurutnya, tahanan adalah hasil pengesanan anggota Pos Pemerhati yang mengesan pergerakan mencurigakan di sekitar kawasan tersebut.

Kemudian, pasukan telah mengatur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama Tim Dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bagi membuat pemantauan.

“Pada jam 2.50 pagi, hasil serbuan yang dilakukan oleh Tim QRF telah berjaya menangkap 6 PATI yang sedang bersembunyi di pinggir hutan Ladang Ibzi,

“Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 12,745.00 melibatkan matawang Indonesia IDR 8,070,700.00 (RM 2,380.00) dan RM 7,787.00 selain telefon bimbit dan jam tangan,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, kesemua PATI yang ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan serta saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pada masa yang sama, pihaknya menjelaskan atur gerak tim QRF diteruskan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan dibuat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!