KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan jangkitan wabak COVID-19 terus melonjak naik berbanding semalam, dengan 22,242 kes direkodkan, hari ini.
Ia merupakan jumlah jangkitan tertinggi sejak pandemik ini melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes pada hari ini sekaligus menjadikan kes kumulatif di dalam negara meningkat kepada 1,466,512 kes.
Beliau dalam hantaran di laman sosialnya berkata, Selangor masih menjadi penyumbang utama kepada pertambahan ini dengan mencatatkan sebanyak 6,858 kes berbanding 5,753 pada Selasa.
“Ini diikuti Sabah yang merekodkan sebanyak 2,413 kes; Pulau Pinang (1,867); Kedah (1,852); Kuala Lumpur (1,587); Johor (1,477); Sarawak (1,403); Kelantan (1,351); Perak (1,036) kes,
“Manakala, Pahang (675); Negeri Sembilan (577); Pahang (675); Melaka (579); Terengganu (487); Perlis (50); Putrajaya (25) kes,” katanya.
Semalam, Malaysia mencatatkan 19,631 kes positif baharu dan 293 kes kematian akibat wabak pandemik ini. -airtimes.my