KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Beliau menerusi hantaran di media sosialnya berkata, menjadi satu penghargaan kepadanya apabila diberikan tanggungjawab yang besar dalam situasi yang sukar ini.
“Perjuangan melawan pandemik COVID-19 terus menjadi keutamaan kita semua,
“Satu penghargaan buat saya apabila diberikan tanggungjawab yang besar dalam situasi yang sukar ini. Terima kasih untuk semua saya ucapkan,
“Saya mohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan. Sama-sama kita doakan Malaysia terus makmur, aman dan Sentosa,” ujarnya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – airtimes.my