KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Wakil NGO Pertubuhan 313 Realisasi Ekonomi Malaysia (G313B), Khairul Husni Othman @ Ayah Oon menegaskan rakyat telah muak dengan permainan ahli politik tanah air.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3 Istana Negara, hari ini.
“Kuasa yang dimiliki oleh ahli-ahli politik merupakan mandat daripada rakyat. Seharusnya, mereka selaku wakil rakyat perlu berkerja menjaga kebajikan rakyat bukan hanya bermain politik untuk merebut kuasa,
“Perebutan politik perlu dihentikan sementara waktu,” katanya.
Beliau menambah, semua ahli politik perlu fokus memerangi COVID-19 dan bantu rakyat yang kesusahan.
“Permainan politik ini perlu dihentikan dan ahli politik perlu berganding bahu untuk menyelesaikan masalah yang menimpa rakyat serta negara,
“Tindakan menjatuhkan kerajaan sekarang adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. – airtimes.my