KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri caretaker.
Pihak Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin akan meneruskan tugas beliau sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
“Perkara ini adalah selaras dengan Perlembagaan di mana Agong hendaklah melantik seorang wakil rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.
Terdahulu, Agong telah berkenan menerima surat perletakkan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Baginda turut menerima perletakkan jawatan barisan Kabinet.
Pada masa yang sama, baginda bertitah agar rakyat terus bertenang. -airtimes.my