Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak masak ke Filipina

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak masak ke Filipina

by Air Times News Network

SEMPORNA, 15 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup minyak masak ke Filipina di kawasan laut Singamata Resort Semporna, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata, pasukannya dalam satu operasi telah terserempak sebuah bot laju dalam keadaan yang mecurigakan.

“Ketika menghampiri bot tersebut, juragan bertindak melarikan diri dengan memecutkan ke kawasan perumahan atas air Kampung Batu dan juragan terjun ke air melarikan diri,

“Pemeriksaan terhadap bot tersebut telah menjumpai beberapa bungkus minyak masak yang dipercayai hendak diseludup ke Filipan dan satu jeriken berisi minyak petrol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM22,480.00 dan kes diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!