Home Politik Masa hadapan negara mungkin ditentukan dalam tempoh 48 jam – Najib

Masa hadapan negara mungkin ditentukan dalam tempoh 48 jam – Najib

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan masa hadapan negara bergantung kepada beberapa keputusan yang mungkin akan berlaku dalam masa beberapa hari ini.

Ini terutamanya isu keabsahan kerajaan yang melibatkan tafsiran perlembagaan yang memberi kesan kepada masa depan negara.

“Mungkin dalam masa beberapa hari ini, mungkin 24 jam atau 48 jam, ianya adalah begitu kritikal untuk negara kita

“Sebab apa jua keputusan yang dibuat termasuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menentukan masa depan negara,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan, perkara yang mustahak untuk diselesaikan adalaha untuk menentukan keabsahan kerajaan pada hari ini.

Menurut beliau, kedudukan sah (keabsahan) kerajaan adalah bergantung kepada budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau, perkara tersebut boleh ditentukan sama ada di dalam atau luar parlimen dengan melihat Krisis Perlembagaan Perak pada tahun 2009.

“Seperti dalam kes Datuk Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak), Almarhum Tuanku Sultan Perak menentukan (keabsahah kerajaan negeri) di luar Dewan Undangan Negeri,

“Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk menerima kaedah itu sebagai penterjemahan kepada budi bicara Sultan Perak,” kata Najib dalam satu siaran langsung di akaun media sosialnya, hari ini.

Tambahnya, penyelesaian krisis tersebut jelas menunjukkan isu keabsahan kerajaan negeri boleh ditentukan di dalam mahupun luar dewan.

Jelas Najib, perkara dan kaedah yang sama boleh digunakan dalam isu yang berlaku di parlimen.

“Berdasarkan kepada prinsip dan kaedah ini, maka bila sampai pada pertikaian peringkat parlimen, ia boleh dibuat di luar sidang parlimen,

“Atau dalam parlimen dengan bentuk Vote of Confidence (Undi Percaya) yang mungkin akan dibentang pada tarikh yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!