TERENDAK, 13 Ogos – Kompeni PANDURA (Para) telah melaksanakan Eksesais Tiger Leap 10 Briged (10 Bgd) (Para) Siri 4/2021 untuk mengkaji prosedur opersi standard (SOP) latihan penerjunan di perairan di Zon Gugur (ZG) Bidara, Tanjung Bidara, Melaka.
Markas 10 Briged (Para) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais yang diadakan untuk mengkaji teknik, taktik, prosedur dan SOP bagi latihan penerjunan di perairan in itelah dilaksanakan pada Rabu lalu.
“Latihan dimulakan dengan penubuhan mounting base, persiapan keselamatan di kawasan penerjunan dan penerjunan anggota di kawasan perairan di samping pergerakan taktikal merapati musuh,
“Latihan ini juga adalah sebahagian daripada persiapan pasukan-pasukan di bawah pemerintahan 10 Bgd (Para) dalam menghadapi Eksesais Para Predator dan Gerak Pantas.
Sementara itu, Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal turut berkesempatan hadir untuk melihat keberhasilan latihan tersebut di samping memberikan garis panduan penambahbaikan.
Menurutnya, eksesais telah dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ketat bagi memastikan anggota terlibat terlebih dahulu diisolasi, disaring dan telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 serta dilaksanakan di dalam lokaliti setempat secara buble group. -airtimes.my
Galeri gambar: