Home Semasa Kes COVID-19 terus melonjak dengan angka 21,668

Kes COVID-19 terus melonjak dengan angka 21,668

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Malaysia sekali lagi hari ini mencatatkan kes harian tertinggi dengan 21,668, sekali gus menjadikan jumlah kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,342,215 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, Selangor masih kekal menjadi negeri yang menyumbangkan kes jangkitan tertinggi dengan mencatatkan 6,278 kes.

Manakala, 3 negeri mencatatkan kes lebih dari 2,000 iaitu Kuala Lumpur sebanyak 2,436 kes, Kedah (2,143) dan Sabah (2,052) berbanding semalam.

Seterusnya, 3 negeri pula merekodkan kes lebih dari 1,000 kes iaitu Johor adalah 1,706 kes, Pulau Pinang (1,229) dann Sarawak (1,216).

Selain itu, Kelantan sebanyak 972 kes; Perak (930); Negeri Sembilan (899); Pahang (629); Terengganu (594); Melaka (494); Putrajaya (56); Perlis (23) dan Labuan (11).

Semalam, Malaysia mencatatkan 20,789 kes harian baharu COVID-19, dengan 211 kematian direkodkan. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!