Home Politik Speaker Dewan Rakyat nafi keluar surat kepada PM sudah tiada majoriti

Speaker Dewan Rakyat nafi keluar surat kepada PM sudah tiada majoriti

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan telah mengeluarkan surat pemakluman kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tiada majoriti.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, artikel sebuah portal berita yang bertajuk ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Berita tersebut adalah berita palsu,” katanya.

Pada masa sama, pihak Editorial Suara.TV turut menafikan pernah mengeluarkan artikel tersebut seperti yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain.

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” kata Suara.TV. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!