Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Operasi bantuan GKV TF Tentera Darat diteruskan

Operasi bantuan GKV TF Tentera Darat diteruskan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Operasi pasukan ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF) Tentera Darat Malaysia (TDM) diteruskan dengan lebih banyak tim yang diaturgerakkan berbanding penugasannya, semalam.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, pasukan GKV TF yang beroperasi dari lokasi berasingan iaitu di MAEPS, Serdang; Kem Wardieburn, Setapak; dan Kem Sungai Buloh, Sungai Buloh, terus melaksanakan 3 tugasan utama iaitu ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR), yang melaksanakan penukaran tangki oksigen.

Selain itu, bagi ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) pula, anggota akan menguruskan penghantaran tangki oksigen dari stor ke wad-wad manakala ‘Body Management Team’ (BMT) bertanggungjawab menguruskan penghantaran mayat.

Menurutnya, penugasan pasukan GKV TF yang berjalan lancar sehingga kini, menunjukkan bahawa koordinasi di antara TDM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencapai satu persefahaman dalam aturgerak pengoperasian.

“Semoga kerjasama ini akan memberi impak yang maksima bagi membantu hospital-hospital yang terlibat di Lembah Klang, mampu mengurangkan kadar kematian,

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,000 anggota termasuk pegawai dari TDM akan diaturgerakkan bagi membantu dan menyokong sistem kesihatan awam KKM dalam merawat kes-kes COVID-19 yang kritikal ketika ini.

Beliau berkata, pasukan ini diwujudkan bagi menyokong pelan tindakan KKM dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 terutamanya di kawasan Lembah Klang. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!