Home Pertahanan dan Keselamatan 5 Divisyen tingkat hubungan antara agensi awam

5 Divisyen tingkat hubungan antara agensi awam

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 7 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited mengaturgerak pasukan perubatan untuk membantu kerajaan dalam merealisasikan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pendalaman Sabah.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) berkata, anggotanya diaturgerak untuk berkerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan beberapa agensi awam yang lain dalam pelaksanan pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Integrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menurutnya, seramai 2 pegawai dan 20 anggota daripada Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) diatur gerak bagi mengkoordinasi pengoperasian di PPV agar dapat berjalan dengan lancar.

“5 Div bekerjasama dengan pasukan keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),

“Selain itu, seramai 100 orang sukrelawan MyVAC daripada Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah turut menawarkan diri bagi membantu memudahkan proses pemberian vaksin di pusat ini,” katanya dalam hantaran di media sosial milik 5 Divisyen, hari ini.

Sehingga kini, seramai 52,598 orang di kawasan sekitar Kota Kinabalu, Sabah sudah mendapatkan vaksin sejak pelaksanaannya pada 28 Jul 21.

Tambahnya, pasukan telah mensasarkan pemberian vaksin kepada seramai 8,000 orang secara berperingkat, program seumpama ini akan meningkatkan imuniti kelompok di negeri Sabah.

“Kerjasama ATM dengan agensi awam di PPV Integrasi ini amat bertepatan dengan Tonggak Kelima dalam Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Hubungan Tentera Darat Dengan Awam,

“5 Divisyen akan terus komited bekerjasama dengan agensi awam bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!