Home PolitikBarisan Nasional Tempoh 48 jam diberikan UMNO bertentangan dengan undang-undang

Tempoh 48 jam diberikan UMNO bertentangan dengan undang-undang

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=zAQUfZ6IOP8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa tempoh 48 jam yang diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menentukan sokongan, disifatkan bertentangan undang-undang.

Beliau turut berkata, pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan sama ada ingin menjawab surat diberikan itu atau sebaliknya.

“Kita akan melihat perkara ini dan membuat keputusan sama ada ingin menjawab atau tidak surat itu, kita akan bincang semula,

“Oleh kerana arahan daripada Presiden UMNO, maka kami desak beliau supaya berjumpa dengan kami setiap Ahli Parlimen supaya dapat menjelaskan tujuan dan hasrat sebenar beliau,

“Kita merasakan tidak boleh keluarkan arahan secara tiba-tiba tanpa berjumpa dan memperjelaskan kepada kami tentang tindakan yang dilakukan oleh presiden,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan kepada ahli-ahli parti bahawa, mereka adalah pemimpin yang setia kepada parti.

“Jadi setiap tindakan kita (Ahli Parlimen) jangan sampai merugikan parti dan membebankan rakyat atas tindakan kita,” tambahnya.

Terdahulu, dalam sidang media yang sama, Ismail Sabri mengumumkan seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hari ini seramai 21 Ahli Parlimen telah membuat pendirian yang juga telah disokong oleh 10 lagi Ahli Parlimen yang tidak dapat hadir,

“Pendirian kami adalah Ahli Parlimen menjunjung kasih dan menjunjung titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbirannya dan keabsahan kerajaan hari ini akan ditentukan di Parlimen September nanti,” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!