Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.2juta

Polis Marin rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.2juta

by Air Times News Network

LIMBANG, 6 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai barang seludup yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta di sebuah rumah burung tidak bernombor Jalan Kubong, Limbang, semalam.

PPM dalam hantaran di media sosialnya berkata, pasukan Unit Risik Marin PPM Wilayah 5 bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang turut menahan seorang lelaki warga tempatan berbangsa cina pada jam 5.30 petang itu.

“Antara barang yang dirampas adalah rokok, minuman keras dan bunga api tidak bercukai pelbagai jenama berada di dalam premis tersebut,

“Anggaran nilai rampasan beserta cukai adalah sebanyak RM1,263,548. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah 5 dan untuk siasatan lanjut,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!