Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Ahmad Faizal dilantik sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri

Ahmad Faizal dilantik sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Ahli Parlimen Tambun dan bekas Menteri Besar Perak itu akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan ini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!