Home Politik Polis datang ke rumah, Perikatan Nasional lakukan intimidasi – Sharan Raj

Polis datang ke rumah, Perikatan Nasional lakukan intimidasi – Sharan Raj

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj hari ini mengesahkan rumah beliau telah didatangi oleh pihak polis.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, seorang anggota polis yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) telah menghubunginya.

Kejadian berlaku pada pukul 8.29 malam.

“Polis memberitahu bahawa ada satu kumpulan anggota mereka sedang menanti premis kediaman untuk berjumpa dengan saya,” kata Sharan.

Menurutnya, beliau tidak berada di rumah semasa kejadian.

Sharan menghubungi semula pegawai terbabit setengah jam kemudian untuk memaklumkan dirinya akan lewat pulang ke rumah.

“Inspektor tersebut menyatakan pasukan polis mula meninggalkan premis,” ujarnya.

Menurut Sharan, pihak polis menyatakan kehadiran mereka adalah berhubung himpunan ‘Keluar dan #Lawan’.

“Saya telah disiasat oleh pihak polis di IPD Dang Wangi semalam berhubung himpunan itu,

“Polis tidak memasuki premis kediaman dan tidak pasti mereka akan datang semula pada masa akan datang,

“Kehadiran mengejut anggota polis dipercayai bermotifkan politik bagi menutup mulut rakyat,

“Perikatan Nasional sepatutnya tidak menyalah guna pasukan polis sebagai alat politik untuk menakutkan dan menutup mulut pengkritik,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!