KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Negera-Negara ASEAN harus tekad untuk bekerjasama menangani isu jenayah rentas sempadan dengan lebih efektif.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan, jenayah rentas sempadan bukan masalah yang boleh diselesaikan sendiri oleh mana-mana pihak, dan ia memerlukan kerjasama bersepadu antara negara-negara lain.
“Semua pihak mesti terus bekerjasama untuk pastikan Laut China Selatan mesti kekal sebagai perairan aman dan stabil,
“Malaysia menegaskan, kestabilan serantau amat penting bagi setiap negara apatah lagi di era pandemik yang serba mencabar ini,” katanya dalam hantaran di media sosialnya selepas mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Amerika Syarikat (AS), secara maya pagi tadi.
Pada masa yang sama, Hishamuddin berkata, komuniti antarabangsa mesti terus melaksanakan pendekatan serius bagi mencari penyelesaian berpanjangan dalam isu Palestin-Israel.
Menurutnya, sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak akan berganjak dan akan terus membantu terutama dari sudut kemanusiaan serta pembangunan semula Gaza.-airtimes.my