Home Semasa Pembatalan Ordinan Darurat dibahas di Parlimen September ini – Muhyiddin

Pembatalan Ordinan Darurat dibahas di Parlimen September ini – Muhyiddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang tidak lagi berbangkit.

“Maka, selaras dengan titah pandangan Seri Paduka Baginda dan peruntukan 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan mengungkai ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Muhyiddin, usul tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan- ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!