[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cvh0nWSGWsM[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Presiden GN1M, Nazlee Aziz Yeop menegaskan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya menzahirkan rasa dukacita bukan murka.
“Dukacita tidak bermakna murka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.
Menurut Nazlee, kedua-dua perkataan tersebut perlu dilihat dari segi konteks ayat titah Agong.
Jelasnya, perkataan murka dan dukacita telah disalah erti dan diambil kesempatan oleh pihak tertentu atas tujuan politik.
“Agong tak kata murka, dia kata dukacita. Perkataan boleh diputarbelit . Ahli politik sengaja mempermainkan rakyat dengan isu sebegini,” ujarnya. – airtimes.my