KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kerajaan perlu meningkatkan jumlah suntikan vaksin harian.
Beliau dalam satu hantaran di laman blognya pada hari ini berkata, jumlah suntikan perlu dinaikkan kepada 800 ribu.
“Jumlah suntikan perlu dinaikkan kerana peningkatan kes baharu. Terlalu ramai dari yang sudah dijangkiti berada disekeliling kita yang tidak dapat dikuarantin dengan berkesan,
“Mereka terpaksa berada di rumah di mana ada (penghuni) yang belum dijangkiti. Mereka juga tidak patuh kepada SOP sepenuhnya,” kata Tun M. – airtimes.my