[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OlbLPkDjiEI[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kali pertama dalam sejarah Malaysia yang mana Ahli Parlimen tidak boleh pergi ke Parlimen.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menegaskan, Parlimen sepatutnya dibuka bagi membincangkan mengenai pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat.
“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia yang mana ahli Parlimen tidak boleh pergi ke Parlimen,
“Kita lihat begitu ramai polis jaga, kita bukan penjenayah tak payahlah polis jaga.
“Saya bersama dengan parti lawan (pembangkang) yang hadir, saya sokong dengan pendirian iaitu kita patut adakan persidangan hari ini untuk membincangkan berkenaan dengan Darurat,” katanya ketika berucap ketika berhimpun di Dataran Merdeka, hari ini.
Pada masa sama, Tun Dr Mahathir mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tidak boleh lagi mentadbir negara apabila mereka gagal mencapai persefahaman antara Institusi Raja dengan barisan kabinet.
“Inilah kerajaan Muhyiddin tak bagi bercakap dalam Parlimen dan juga diluar Parlimen, apa nak jadi kepada negara kita,
“Inilah Perdana Menteri yang tidak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk pintu belakang,
“Saya harap rakyat faham mengapa kita membuat pendirian ini. Kerana hari ini, secara tidak langsung negara sudah tidak ada kerajaan apabila kita dapati antara Raja dengan Menteri tidak ada satu persefahaman, maka tidak boleh perintah negara ini,” ujarnya.
Tambahnya, pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Fikirkanlah kalau ada usul yang dibuat oleh kerajaan, usul itu mesti dapat kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong,
“Kalau tak dapat ia tidak menjadi usul, Ikut pindaan kita buat sebelum ini, kalau Agong tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincangkan sebab penolakan dan kalau tidak ada perubahan maka Dewan Rakyat boleh patah balik kepada Agong. Kalau Agong tidak lulus selama dua bulan barulah jadi undang-undang,
“Tetapi ini belum pun dikemukakan kepada Parlimen dibawa pada Agong dan baginda tidak bersetuju buat pengumuman seolah-olah sudah jadi undang-undang,” jelasnya.
Tun Dr Mahathir turut mendakwa kerajaan PN kini lebih mementingkan jawatan daripada rakyat.
“Saya harap rakyat akan sedar dan tolak orang macam ini daripada memegang apa-apa jawatan pun, jauh sekali menjadi Perdana Menteri,
“Perdana Menteri pintu belakang, inilah yang kita dapat nasib malang sungguh bagi negara kita, diwaktu rakyat menderita daripada wabak COVID-19, sepatutnya kita tumpu kepada masalah rakyat,
“Mereka lebih tumpu kepada politik lebih daripada rakyat. Nak jadi kerajaan..nak jadi Perdana Menteri. Kalau rakyat mati beribu-ribu pun tidak apa, yang penting saya jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. airtimes.my