KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kes harian COVID-19 menurun kepada 15,764 kes hari ini berbanding 17,150 jangkitan pada semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya menjelaskan, pertambahan kes harian tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 meningkat kepada 1,146,186 kes.
Beliau berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,067 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (1,536 kes), Johor (1,222 kes), Sabah (1,166 kes) dan Kedah (1,108 kes).
“Negeri Sembilan pula mencatatkan sebanyak 862 kes, Perak (748 kes), Pulau Pinang (667 kes), Kelantan (552 kes), Pahang (475 kes), Melaka (463 kes), Terengganu (425 kes) dan Sarawak (411 kes),
“Selebihnya, Putrajaya (46 kes), Perlis (9 kes) dan Labuan (7 kes),” tambahnya.
Semalam, Malaysia mencatatkan 17,150 kes dan 160 kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my