Home Semasa Sidang Parlimen hari Isnin ini ditangguhkan

Sidang Parlimen hari Isnin ini ditangguhkan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemakluman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

“Pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19,” katanya.

Nizam Mydin berkata, beliau telah diarahkan oleh Timbalan yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahu ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin, 2 Ogos 2021. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!