Home Semasa Sumbangan perubatan dari Arab Saudi tiba di Malaysia – Hishamuddin

Sumbangan perubatan dari Arab Saudi tiba di Malaysia – Hishamuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Jul – Kerajaan Arab Saudi telah menghantar 3 kapal terbang yang dipenuhi muatan bantuan peralatan perubatan untuk Malaysia.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 2 daripada pesawat itu telah selamat mendarat di tanah air semalam dan sebuah lagi dijangka akan tiba hari ini.

“Baru 5 hari lepas Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan COVID-19 dihantar ke Malaysia,

“Sebanyak 3 pesawat Saudia Airlines dihantar kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini. Alhamdulillah,

“Insya-Allah saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bantuan itu dihantar menggunakan 2 pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada pagi Khamis.

Sumbangan peralatan perubatan itu termasuk 100 alat bantuan pernafasan, 150 alat bantuan pernafasan mudah alih, 319 pemekat oksigen, 30 alat sokongan pernafasan, 150 katil perubatan elektrik, 15 ‘vital signs monitors’, tiga juta topeng pembedahan, satu juta topeng N95, 500,000 sarung tangan perubatan dan lain-lain keperluan perubatan.

Sebelum ini, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menitahkan King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk menyalurkan bantuan kepada Malaysia pada kadar segera.

Bantuan yang diberikan adalah termasuk 1 juta dos vaksin COVID-19, peralatan rawatan perubatan, bekalan kelengkapan dan lain-lain.

Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), bantuan ini adalah simbolik hubungan rapat antara kedua-dua buah negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!