Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minuman keras di Labuan

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minuman keras di Labuan

by Air Times News Network

LABUAN, 28 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya mengagalkan penyeludupan minuman keras di laut Sipitang Tanah Besar, pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pasukan yang sedang melaksanaan rondaan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Labuan menuju ke laut Sipitang Tanah Besar, jam 3.30 pagi.

“Bot tersebut diarahkan berhenti oleh pasukan, tetapi tidak di endahkan dan terus memecut laju bot untuk melarikan diri,

“Bot tersebut berjaya memecut dan meloloskan diri dalam keadaan gelap dan tidak dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semasa dikejar anggota PPM, suspek telah membuang sejumlah minuman keras di permukaan air.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati minuman keras jenis Carlsberg dan tidak bercukai dipercayai ingin diseludup ke Tanah Besar Sabah,

“Nilai rampasan minuman keras termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM7,362.36. Kes disiasat dibawah kesalahan Akta Kastam 1967,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!