Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais PASSEX perkukuh kerjasama pertahanan TLDM bersama UKCSG 21

Eksesais PASSEX perkukuh kerjasama pertahanan TLDM bersama UKCSG 21

by Air Times News Network

LUMUT, 26 Jul – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21) mengukuhkan kerjasama pertahanan antara 4 negara melalui Passafe Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka, semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut dalam satu kenyataan berkata, eksesais tersebut melibatkan 3 aset TLDM iaitu KD LEKIU, KD JEBAT dan Helikopter Super Lynx.

“Ketumbukan UKCSG 21 pada kali ini pula terdiri dari 4 buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada 3 negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda,

“Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen,

“Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth, sebuah kapal pengangkut pesawat di rantau ini,” katanya.

Pada masa sama, TLDM terus komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut.

“TLDM turut mengalu-alukan eksesais seperti ini bagi meningkatkan persefahaman di lapangan,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!