JAYA GADING, 24 Jul – Tentera Udara Diraja Malaysia (ATM) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan mengedarkan 76 pek bekalan makanan kepada penduduk setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
TUDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pasukan No. 10 Skuadron dari Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan PJM tersebut yang diberi nama Gerobok Rezeki No. 10 Skuadron.
Dengan slogan ‘Semarakkan Amal, Sebarkan Rahmah’, program ini bertujuan untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bantuan bekalan makanan dan keperluan asas kepada golongan asnaf, keluarga-keluarga yang telah terjejas serta kehilangan punca pendapatan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
“Program ini diketuai oleh Pegawai Memerintah No. 10 Skuadron, Leftenan Kolonal Muhammad Fazri Md Zin TUDM,
“Sebanyak 76 beg berisi bekalan makanan dan keperluan asas telah dihantar dengan 2 buah kenderaan pacuan 4 roda yang disumbangkan kepada 50 keluarga terjejas di sekitar Jaya Gading, Pahang,
“Program tersebut telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Semua warga No. 10 Skuadron yang terlibat diingatkan agar mengekalkan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang program berlangsung,” jelasnya.-airtimes.my