Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Cuba keluar dari Sabah guna lorong tikus, 10 PATI Indonesia dicekup

Op Benteng: Cuba keluar dari Sabah guna lorong tikus, 10 PATI Indonesia dicekup

by Air Times News Network

TAWAU, 22 Jul – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup pulang ke negara asal melalui perairan Tawau, awal pagi tadi.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas ATB 2 dalam kenyataan berkata, cubaan kumpulan ini telah digagalkan oleh Tim Quick Reaction Force (QRF) yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Benteng Bersama telah menahan kesemua mereka di Sekolah Kebangsaan Titingan, Batu 2 Tawau pada jam 12.10 pagi.

“Hasil pemeriksaan, seramai 10 orang warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen sedang menyorok di sekolah berkenaan,

“Mereka terdiri daripada 2 lelaki dewasa berusia 23 dan 44 tahun, 6 wanita dewasa berusia diantara 25 hingga 54 tahun serta 2 kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dan 6 bulan ditemui bersama barang persendirian,

“Maklumat awal diperolehi dari tahanan memaklumkan bahawa mereka bergerak dari Taman Tawau Lama ke Pulau Sebatik menggunakan laluan berhampiran sekolah berkenaan bagi menaiki bot yang telah diaturkan oleh agen untuk pulang ke Indonesia,” katanya.

Pada masa sama, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 telah memohon Tim Op Cegah PATI Daratan Tawau bagi membantu melancarkan proses tangkapan tersebut.

“Semua PATI di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau bagi proses saringan COVID-19 dan penahanan selanjutnya,” ujarnya.

Selain itu, Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, operasi akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan juga menyekat penularan wabak COVID-19.

Katanya, ATB 2 akan mengetatkan lagi kawalan sempadan melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op Benteng Bersama bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan lain-lain ancaman di Pantai Timur Sabah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!